Sunday, November 27, 2011

Full Dress Reherseal

~Cincin Belah Rotan~

Assalamualaikum. Okay tadi datang latihan agak lambat sikit. Tidur rumah eyka. Hehe. Bukan sengaja lambat tapi mama dia ada hal sikit tadi. So, terpaksa lah tunggu. Bak kata orang 'Biar lambat asalkan datang'  kannnn ? heee. 

Tadi kitaorg ada full dress reherseal produksi 'Cincin Belah Rotan'. Time nak kemas barang apa semua tu tak lah gementar sangat tapi bila dah start make-up semua bagai, terasa cuak gila babiss lah kan ! Takut lah kalau tersalah dialog, terlupa dialog ke kan. Yelah banyak free dialog dari skrip sebenar. Abang kecik jadi SM pun pelik kenapa lah setiap dialog yang kita lontarkan tu, banyak yang takde dalam skrip. Haha. Time make-up tu, I make-up sendiri tauuu ! HAHA #dahmulamenggediklahpulakkan! Haha, termasuk dalam watak lah pulak. hehe sorry guys. Agak tebal lah jugak aku make-up kan. Yelah, watak perempuan gedik masuk hutan tahu nak make-up aje kerjanya. Bak kata dialog kakros, " asyik make-up aje lah kamu ni Sherry ! Nak ngurat beruk beruk dalam hutan ni agaknya lah" HAHA. Hee. 

Okay dah stop cerita pasal make-up tu. Hari ni aku rasa ramai(budak teater) yang tak puas hati , bengang, kecik hati dengan aku sebab hari ni aku bersikap sombong, poyo, berlagak, menggedik je ! Hehe, minta maaf lah ye kalau ada yang terasa tadi masa latihan tadi. Siapa yang tahu kenapa aku buat macam tu baguslah. Korang memang memahami hati akak yang semurni top ni. Atoto~ #geligelije  :P.

Full dress reherseal tadi tak cantik lah. Umi kata mula-mula je okay, tapi bila dah lama-lama tu makin jatuh ! Bila dah jatuh, susah nak naikkan balik. Memang betul kata umi ! Memang susah nak naikkan balik, nak cantikkan balik. Okay aku tahu yang aku tak keluarkan vokal and ada sikit blocking lah and maybe banyak kesalahan aku tadi yang aku tak sedar. hehe sorry -,- Seriously, aku nak buat lagi tadi ! Rasa tak puas ! Part yang paling aku suka tadi, time mimpi 1, and mimpi 2 time kaklong berdialog. Haha Sumpah lawak ! Kaklong dah dapat buka minda dia dah. Aku ni ? bila lagi. Okay, aku masih mencari siapa diri aku sebenarnya, barulah aku boleh nak buat sesuatu perkara tu dengan cantik dan kemas ! Heee :D

 Okay lah, dah tak tahu nak story apa dah . Lagi pun kepala aku dah berat, mata pun dah layu ! So, Selamat Malam ! Byeeeeeeeeeeeee <3
I want to sleep my hunney ! Bubyeeeeeeee :D